suria

Calon Pensiangan: Kurup serah kepada BN

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup hari ini berkata beliau menyerahkan soal pemilihan calon kerusi Parlimen Pensiangan sebulat-bulatnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding semula, Kurup berkata: "Tak tahulah, kita tunggu sampai kes mahkamah selesai, terlalu awal untuk menyatakan".

Ditanya mengenai parti-parti lain yang mungkin berminat untuk bertanding bagi kerusi tersebut, beliau enggan mengulas dan cuma berkata: "Tunggulah dulu, inipun kita serahkan semata-mata kepada pucuk pimpinan."

Kurup memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 8 September, mengisytiharkan kemenangan Kurup adalah batal dan tidak sah.

Kurup memfailkan rayuan dan Mahkamah Persekutuan menetapkan 12 dan 13 Februari ini untuk mendengar rayuan beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain