SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini berkata, tidak akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah yang akan menyertai Pakatan Rakyat.Beliau, yang juga Pengerusi BN Sabah, berkata kesemua parti komponen BN di negeri itu tidak menghadapi masalah lompat parti oleh wakil rakyatnya yang dipilih atas tiket BN. "Kami dipilih oleh rakyat sebagai calon BN dan tindakan melompat ke lain parti adalah tidak betul."Ia menunjukan tindakan itu bukan atas kehendak rakyat tetapi ianya hanya untuk kepentingan peribadi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota daripada BN Datuk Nasaruddin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.Katanya tindakan Nasaruddin menyertai parti pembangkang itu tidak akan menjejaskan tumpuan kerajaan BN untuk membangunkan negara dan membela nasib rakyat. BERNAMA