suria

APMM tahan empat vesel pindah pasir tanpa permit

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot tunda, sebuah tongkang dan sebuah kapal pengangkut yang memindah pasir tanpa permit di perairan Tanjung Piai semalam.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Maritim Selatan, Kapten Maritim Mohd Zubil Mohd Som berkata, veselvesel itu dikesan oleh bot peronda APMM dalam keadaan mencurigakan kirakira 3.7 batu nautika dari selatan Tanjung Piai kirakira 11.50 pagi.

"Hasil pemeriksaan ke atas kapal pengangkut Sanko King yang didaftarkan di Ho Chi Minh, Vietnam, mendapati kapal tersebut sedang melakukan kerjakerja pemindahan pasir ke atas bot tunda Oasis 5 dan MBS 77 yang didaftarkan di Batam, Indonesia.

"Vesel terbabit melakukan kesalahan tidak mempunyai permit atau kelulusan serta gagal membayar Dius Api mengikut Sek 49 1(b)(k) Akta Perkapalan Saudagar, iaitu gagal memaklumkan kepada Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan aktiviti dari kapal ke kapal," kata Mohd Zubil menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya orang ramai boleh membantu menangani kes penyeludupan pasir dengan menghubungi Pusat Operasi APMM Wilayah Selatan di talian 07-2199403, 07-21999405 atau 07-2199407.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain