Selangor kawal ketat peruntukan bagi ADUN - Semasa | mStar

Selangor kawal ketat peruntukan bagi ADUN

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau akan mengawal ketat peruntukan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor.

"Sebagai contoh, jika mereka mahu peruntukan RM5,000 untuk menganjurkan sesuatu projek, keutamaan akan diberi kepada mereka yang mempunyai hubungan kerja yang baik dengan ahli majlis tempatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri dialog dengan pihak berkuasa tempatan di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri di Selangor diberi peruntukan sehingga RM450,000, untuk dibelanjakan secara berperingkat.

Mengenai jawatan timbalan pengerusi perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang kosong berikutan peletakan jawatan S. Manikavasagam, Khalid berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat bulan ini.

Khalid, yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dan Selangor, berkata beliau mempunyai prerogatif untuk melantik pemimpin yang sesuai bagi jawatan itu.

Manikavasagam, anggota Parlimen Kapar, meletak jawatan pada 31 Dis, dengan alasan beliau kecewa dengan sesetengah pemimpin Selangor yang didakwa mengabaikan keperluan rakyat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Pengawal keselamatan maut ditikam perompak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Kerajaan Perak tidak iktiraf 2 ADUN

default image

ADUN Behrang dianiaya PKR?

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh

Sah! Empat penjuru PRK Semenyih