NIEI syor akta pilihan raya dipinda banteras rasuah politik - Semasa | mStar

NIEI syor akta pilihan raya dipinda banteras rasuah politik

PETALING JAYA: Badan pemantau pilihan raya, Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI) mengesyorkan undang-undang pilihan raya dipinda untuk membanteras rasuah dan janji-janji yang boleh dianggap sebagai 'ganjaran politik wang' untuk membeli undi.

Merujuk kepada perjalanan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu, NIEI berkata, penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya mestilah diharamkan.

"Para pengundi Kuala Terengganu sudah pun menunjukkan sikap matang, majoriti mereka tidak dapat digula-gula lagi," kata badan bukan kerajaan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Pilihan raya kecil Kuala Terenggan berakhir Sabtu lalu dengan dimenangi oleh calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut.

Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.

Menurut NIEI, tiga perkara yang ketara telah diperhatikan dalam perjalanan proses pilihanraya kecil itu,

Ketiga-tiganya ialah penginstitusian rasuah dalam pilihan raya, penyalahgunaan jentera kerajaan dan kehadiran terlalu ramai anggota polis.

Menurut NIEI, amalan rasuah berleluasa dalam pilihan raya di Malaysia, ini dapat dikenalpasti berlaku dalam proses pilihan raya kecil diKuala Terengganu.

"Amalan rasuah pilihan raya diinstitusikan dalam pelbagai bentuk. Yang lazim difahami ramai ialah pemberian wang tunai secara langsung.

"Di Kuala Terengganu, wang ehsan sebanyak RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu manakala pengundi Cina diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina. Penarik beca Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan sebanyak RM10,000 seorang," katanya dan menambah, para wartawan pun tidak ketinggalan dirasuahkan.

Badan itu turut menyenaraikan 14 program dan pengumuman kerajaan yang menurutnya boleh dianggap sebagai rasuah.

Artikel Sebelum

Mahkamah putus permohonan Raja Petra 13 Feb

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain