suria

Tangkapan bot nelayan asing meningkat 70 peratus

KUALA TERENGGANU: Jumlah tangkapan bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara di Terengganu sepanjang tahun lepas meningkat 70 peratus iaitu daripada 16 tangkapan pada 2007 kepada 26 tangkapan tahun lepas.

Komander Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Kuala Terengganu Syed Mohd Fuzi Syed Hasan berkata daripada 26 bot yang ditahan, 24 adalah bot nelayan dari Vietnam manakala empat lagi dari Thailand.

"Peningkatan tangkapan itu berikutan kekerapan operasi yang dijalankan APMM selain kesedaran orang ramai terutama komuniti seperti nelayan yang memaklumkan pihaknya mengenai pencerobohan nelayan asing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan media bagi mengadakan program sehari bersama media yang akan diadakan pada 7 Feb depan sempena ulang tahun keempat penubuhan APMM tahun ini.

Syed Fuzi berkata berikutan tangkapan demi tangkapan yang dibuat pihaknya, pencerobohan nelayan asing berkurangan sejak kebelakangan ini. "Pada kebiasannya nelayan asing gemar datang ke perairan kita pada musim tengkujuh dan mereka berteduh di pulau-pulau. Bagaimanapun sekarang kita dapati tidak ada lagi nelayan asing yang berlindung di pulaupulau di perairan kita," katanya.

Beliau berkata pada masa ini APMM kawasan timur yang turut meliputi Kelantan dan Pahang mempunyai kapal dan bot peronda yang sering mengadakan operasi mencegah pencerobohan nelayan asing di kawasan masingmasing.

Katanya di Terengganu sendiri, APMM mempunyai tiga buah kapal dan tiga buah bot yang sentiasa menjalankan operasi bagi mencegah pencerobohan nelayan asing.

Katanya kesemua bot nelayan yang dirampas akan dilelong atau dijadikan tukun selepas semua proses undangundang selesai termasuk pendakwaan di mahkamah dilakukan.

Sementara itu, Syed Fuzi berkata sempena ulang tahun penubuhan APMM, pihaknya akan mengadakan program bersama media bagi mengeratkan lagi hubungan selain mendedahkan operasi yang dijalankan APMM. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain