suria

Raja Muda Perlis ingatkan rakyat hati-hati bantu Palestin

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhatihati menyalurkan sumbangan atau bantuan kewangan untuk rakyat Palestin yang kini berhadapan dengan keganasan regim Zionis.

Katanya, rakyat Malaysia yang terkenal begitu pemurah dilihat berlumbalumba untuk menderma dan jumlah penganjur kutipan juga begitu banyak.

Bagaimanapun, baginda bimbang kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas kesengsaraan penduduk Palestin untuk memungut derma bagi kepentingan sendiri.

"Saya khuatir terdapat pihakpihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap sikap keprihatinan rakyat Malaysia yang berebutrebut untuk menyalurkan bantuan," titahnya semasa merasmikan wacana perpaduan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis, di Arau dekat sini hari ini.

Baginda bertitah, seluruh rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan yang dikecapi hari ini, kerana rahsia utamanya adalah perpaduan antara kaum, dan semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum harus memelihara perpaduan itu sebaik mungkin. "Malaysia tidak boleh dihancurkan dengan serangan ketenteraan kerana semangat bangsa kita yang kuat tetapi emosi dan sentimen perkauman yang diperbesarkan akan menyebabkan negara menjadi rapuh," titah baginda.

"Kepelbagaian kaum di Malaysia hendaklah dilihat sebagai anugerah dan aset, bukannya sebagai kelemahan atau masalah. Kepelbagaian ini akan terus menjadi nadi kekuatan dan bukannya kelemahan selagi tiada pihak yang memainkan sentimen perkauman," titah Raja Muda itu.

Wacana Perpaduan, Peranan Melayu dan UiTM dalam konteks artikel 153 Perlembagaan Malaysia anjuran UiTM itu bertujuan membuka minda masyarakat terhadap kepentingan perpaduan dalam negara dan peranan yang perlu dilakukan semua rakyat pelbagai kaum.

Wacana setengah hari itu mengundang Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah; dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ia dipengerusikan oleh Prof, Madya Dr Haidar Dziauddin.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain