suria

Penahanan dua penagih dadah bantu kes bunuh

KUALA LUMPUR: Penahanan dua lelaki penagih dadah berhampiran tempat seorang lelaki mati ditetak dan rakannya cedera parah akibat diserang sekumpulan lelaki di Taman Garing Utama, Rawang, semalam telah membantu polis mengesan mereka yang terlibat dalam kes itu.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah berkata keduadua mereka masih ditahan, dan polis sedang merekodkan maklumat daripada mereka "sebelum mengaitkan kemungkinan mereka terlibat dalam kes itu."

Selain bagi membantu polis menyiasat motif kejadian, katanya di sini hari ini. Beliau berharap penahanan keduadua lelaki itu dapat membantu polis menjejaki kesemua suspek yang terlibat.

"Saksi utama kejadian itu, rakan mangsa yang cedera parah telah dimasukkan ke Hospital Selayang dan masih belum diambil keterangannya akibat tidak sedarkan diri," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang semalam, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Agi berketurunan India dan berusia 30an, ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan pada badan, kepala dan dan kaki, dipercayai diserang dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki dalam sebuah van di taman tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain