suria

Bayi ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui di dalam tong sampah oleh seorang pengawal keselamatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Jalil Hassan berkata dalam kejadian pukul 4 pagi itu, pengawal keselamatan berkenaan dikatakan ternampak satu pasangan sedang bergaduh di dalam sebuah kereta di kawasan itu, sebelum pasangan lelaki terlibat membuang objek yang diambil dari but kereta ke dalam tong sampah.

"Bagaimanapun, pasangan perempuan itu pula keluar daripada kereta tersebut dan cuba mengambil balik objek yang dibuang oleh lelaki berkenaan tetapi lelaki itu berjaya menarik tangan perempuan tersebut dan menariknya masuk ke dalam kereta lalu memecut laju," katanya.

Jalil berkata siasatan mendapati bayi tersebut berusia tiga bulan dan polis sedang memburu pasangan terbabit berikutan nombor plat kereta mereka berjaya dirakam pengawal itu.

Beliau berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain