suria

Mayat dua pekerja tertimbus ditemui

MIRI: Dua pekerja sebuah stesen minyak di sini terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di tempat kerja mereka awal hari ini.

Mereka dikenali sebagai Endi, 28, dan Ah Chiang, 22, keduaduanya rakyat Indonesia, yang sedang bertugas syif malam di stesen minyak itu yang terletak di lereng Bukit Kanada.

Pasukan mencari dan menyelamat yang bertungkuslumus menjalankan usaha mereka sejak kejadian itu dilaporkan pada 1.10 pagi tadi, menemui mayat keduadua mangsa itu pada 1.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaluddin Ibrahim berkata bahawa sebelum itu polis menerima laporan daripada beberapa orang penduduk yang tinggal di atas Bukit Kanada itu yang telah merasai beberapa pergerakan tanah.

Berikutan itu, pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana bahagian Miri, Datuk Ose Murang telah meminta penduduk yang tinggal di Bukit Kanada dan di lereng bukit berkenaan agar mengambil langkah berwaspada dan bersedia untuk meninggalkan kediaman mereka jika terdapat tandatanda berlakunya tanah runtuh.

Beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah dan Survei untuk menjalankan tinjauan sertamerta di semua kawasan penempatan di atas Bukit Kanada.

Katanya hasil tinjauan itu nanti akan dikemukakan kepada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain