Elak pendirian berbalah, kata Dr Ng - Semasa | mStar

Elak pendirian berbalah, kata Dr Ng

DUBAI: Usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam peranan kepimpinan serta sektor lain masyarakat, mestilah dilakukan berdasarkan perundingan jika mereka ingin berjaya, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Menurut beliau, memilih pendirian secara perbalahan bukanlah caranya untuk berjaya.

"Adalah penting dalam semua budaya bahawa pergerakan wanita bekerja ke arah penyertaan besar dan jangan condong ke arah landasan perbalahan kerana dengan cara ini, tidak ada siapa yang akan menang.

"Lelaki akan merasa terancam, wanita mendapati ia lebih sukar (untuk bergerak). Jadi ia lebih kepada urus bicara, perundingan," kata beliau.

Dr Ng yang kini berada di Dubai bagi mewakili Malaysia pada Forum Kepimpinan Wanita Arab 2009 pertama yang baru berakhir. Ini adalah forum pertama seperti ini diadakan di rantau ini di bawah naungan naib presiden dan perdana menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Menteri itu berkata beliau melihat menggalakkan dengan tahap keghairahan dan keterangsangan dan bertenaga wanita Arab dalam kedahagaan mereka untuk lebih bersuara dan peranan kepimpinan dalam masyarakat mereka masing-masing.

Forum itu dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Dubai dengan kerjasama Sekolah Kerajaan Dubai sebagai rakan pengetahuan.

Dr Ng memuji Sheikh Mohammed kerana komitmen beliau ke arah pembangunan wanita di negaranya.

"UAE, terutamanya Dubai, memahami sepenuhnya pergantungannya kepada sumber asing, terutamanya dalam aspek sumber manusia dalam usaha pembangunannya. Saya percaya pemerintah itu sendiri dan masyarakat melihat keperluan untuk membangunkan setiap sumber, sama ada wanita atau lelaki," kata beliau.

Katanya wanita di sini melihat perlunya mengambil peranan kepimpinan agar mereka mempunyai suara dalam arus perdana dasar nasional.

"Tetapi tentulah kita ikhlas mengatakan bahawa kita memerlukan juara dalam semua usaha ini, terutamanya dalam budaya tradisional di mana lelaki perlu memahami bahawa pembangunan wanita adalah pembangunan nasional, pembangunan wanita mewujudkan potensi dalam wanita," kata beliau.

Dr Ng berkata peserta persidangan membangkitkan persoalan penting mengenai dasar bekerja yang boleh memudahkan wanita yang perlu mengimbangi pelbagai peranan kerana mereka bergerak melalui jalan yang sukar.

Menteri itu melihat pembangunan wanita sebagai sesuatu yang dinamik, satu proses yang banyak terjejas dengan kebudayaan, tradisi dan agama.

"Ini sesuatu bagi setiap budaya untuk menganalisis dan hadapi dengan ikhlas serta penilaian yang ikhlas dan mengambil sebarang langkah yang perlu. Banyak perkara yang tidak dijangka akan timbul," katanya.

Beliau berkata peserta mendapati Malaysia sebagai contoh yang menarik kerana adanya pembangunan wanita di negara Asia Tenggara ini yang mempunyai 27 juta penduduk dalam konteks berlainan sosial dan latar belakang agama serta amalan undang-undang.

Persidangan itu, katanya membuka pintu untuk lebih berinteraksi antara pertubuhan wanita UAE dan rakan di Malaysia yang hanya boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

"Saya percaya bahawa wanita Malaysia boleh memainkan peranan sangat besar dalam pelbagai pembangunan ekonomi dan sosial di negara-negara Timur Tengah dan dunia," tambah Dr Ng.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat ditahan bersama RM480,600

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain