suria

Ahli politik ditahan miliki lori curi

IPOH:Seorang Ketua Pemuda bahagian sebuah parti politik di Tanjung Malim ditahan polis pada Selasa lepas kerana disyaki memiliki sebuah lori yang dipercayai dicuri.

Tangkapan itu dipercayai dibuat selepas polis menerima laporan kehilangan sebuah lori di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di rumahnya di Sungkai, dekat Tapah, oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah yang kemudian menyerahkannya kepada Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad yang dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain