suria

Perbicaraan kes cerai anak Rais Yatim 3 Februari ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 3 dan 4 Februari ini sebagai tarikh perbicaraan pengesahan lafaz cerai Dino Rais, 30, anak Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim terhadap isterinya, Riza Ainurin Ramlan, 24. Hakim Syarie Mohd Yunos Mohamad Zin menetapkan tarikh itu bagi mendengar keterangan daripada saksi kedua-kedua pihak.

Sebelum itu, Dino yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah bahawa dia telah melafazkan cerai terhadap Riza Ainurin sebanyak dua kali iaitu pada 12 Nov dan 25 November 2008, di rumah bapa saudara Riza Ainurin.

Katanya kali pertama ia diungkapkan secara lisan manakala kali kedua melalui SMS. Riza Ainurin, yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim, berkata dia tidak mendengar lafaz cerai kali pertama suaminya itu tetapi mengakui menerima SMS cerai pada 25 November.

Dino, seorang perunding teknologi maklumat berkahwin dengan Riza Ainurin pada 10 Nov 2007 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain