Pejabat Pusat Khidmat DUN Lobak dipecah masuk - Semasa | mStar

Pejabat Pusat Khidmat DUN Lobak dipecah masuk

SEREMBAN: Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Lobak yang juga pejabat DAP Negeri Sembilan di Jalan Tuanku Munawir di sini, dipecah masuk malam semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Kepayang Cha Kee Chin berkata kejadian itu disedari sebaik sahaja kakitangan memasuki pejabat itu kirakira pukul 9.30 pagi ini.

"Dua buah komputer yang mengandungi maklumat penting didapati hilang dari pejabat itu dipercayai dilarikan oleh sekumpulan pencuri. Kerugian dianggarkan RM5,000," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Loke, 32, yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Adun Lobak serta pengerusi DAP Negeri Sembilan, tidak berada di sini kerana membantu kempen calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Cha berkata kejadian itu kali pertama berlaku sejak pejabat itu digunakan enam tahun lepas.

"Pencuri dipercayai memasuki pejabat itu menggunakan tangga di bahagian belakang pejabat yang terletak bersebelahan sebuah restoran makanan Cina," katanya.

Sepasukan anggota polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban kemudian tiba di pejabat itu untuk melakukan pemeriksaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Palestin mahu AS jadi broker yang adil

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain