suria

Kabinet kesal Hindraf burukkan Malaysia di luar negara

PUTRAJAYA: Kabinet memandang berat tindakan pertubuhan haram, Hindraf, memburukburukkan Malaysia di luar negara dan mahu MIC bertindak menangkis tanggapan salah itu, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Subramaniam, yang juga setiausaha agung MIC, berkata kabinet telah meminta Kementerian Luar menyiasat bagaimana pemimpin Hindraf, P.Wahtha Moorthy yang kini tinggal dalam buangan di London, boleh bergerak bebas menggunakan pasport negara ketiga setelah dia dilaporkan telah menyerah pasport Malaysia kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.

Pada satu perhimpunan masyarakat India di Tamil Nadu, India, pada Rabu lepas, Waytha Moorthy mengeluarkan satu risalah mengutuk kerajaan Malaysia dengan mendakwa kononnya di Malaysia sebuah kuil dirobohkan setiap minggu dan kerajaan Malaysia melakukan kekejaman terhadap masyarakat India di Malaysia.

Dia juga meminta kerajaan India mengenakan sekatan perdagangan terhadap Malaysia.

Subramaniam berkata tindakan pemimpin Hindraf itu boleh menyebabkan semua program dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membantu kaum India di Malaysia terbantut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain