suria

Suspek tumbuk pengerusi senat kolej diburu

SEORANG petugas mengelap darah di hidung Pengerusi Senat Kolej New Era, Dr Yap Sin Tian (kanan) selepas cedera akibat diserang seorang lelaki ketika sedang memberi ucapan di majlis konvokesyen kolej tersebut, semalam --fotoSINCHEWDAILY

KUALA LUMPUR: Polis sedang berusaha keras bagi mengesan pemuda yang menumbuk Dr Yap Sian Tian, semasa Pengerusi Senat Kolej New Era itu sedang menyampaikan ucapan sempena konvensyen ke10 kolej berkenaan semalam.

Ketua Polis Kajang, ACP Sakaruddin Che Mood berkata, pemuda itu melarikan diri selepas menumbuk Dr Yap, dan motif kejadian masih disiasat.

"Kami menerima laporan polis kira-kira pukul 2.45 petang semalam daripada pihak pengurusan kolej berhubung kejadian itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi semalam, Dr Yap yang sedang menyampaikan ucapan di atas pentas, ditumbuk oleh seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba.

Dr Yap yang cedera di hidung dan pipi kiri kini menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ, Kajang. BERNAMA

Artikel Lain