suria

APMM rampas 624 kartun rokok seludup

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan satu cubaan menyeludup 624 kartun rokok ke dalam negara di sini semalam.

Ketua APMM Tawau, Kapten (Maritim) Xavier Thevadas berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.55 malam apabila pihaknya mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan semasa membuat rondaan di sekitar perairan Jalan Apas di sini.

Beliau berkata bot yang dipercayai tiba dari Indonesia itu memecut laju semasa diarah berhenti, membuatkan pihaknya terus mengejar.

Katanya semasa dikejar, bot berkenaan terlanggar dengan bot APMM menyebabkan ia karam, dan APMM kemudiannya menemui 624 kartun rokok berkenaan.

Xavier berkata dua lelaki yang berumur sekitar 30-an yang berada di dalam bot itu, seorang daripadanya cedera akibat pelanggaran tersebut, ditahan bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain