suria

Tee Keat: Arahan kenyataan media disahkan untuk maksimumkan keberkesanan

SHAH ALAM: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata arahan kepada semua ketua biro parti untuk mendapatkan pengesahan majlis presiden bagi kenyataan media mereka bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan parti itu.

"Kami perlu pastikan mereka (ketua-ketua biro MCA) buat perkara yang betul. Saya berperdapat kami perlu berhatihati agar tidak mengundang impak tidak baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke20 CNI di Wisma CNI, di sini hari ini.

Dilaporkan arahan itu dibuat minggu lepas dan dengan itu semua kenyataan media kini terletak dalam bidang kuasa presiden, yang melantik majoriti anggota majlis peguam.

Keputusan itu dilihat oleh pihak tertentu sebagai langkah untuk menutup mulut timbalan presiden dan saingan utama Ong iaitu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang merupakan ketua pemantau dasar kerajaan parti.

Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, menegaskan beliau telah memilih tokoh yang betul untuk jawatan yang sesuai dalam parti.

"Mereka mampu menjalankan tugas dan mempunyai sikap yang diperlukan, tetapi kita perlu mengambil pendekatan berhatihati (untuk mengesahkan kenyataan media oleh majlis presiden," katanya.

Mengenai perubahan anggota lembaga dalam The Star barubaru ini, akhbar milik Huaren Holdings, cabang pelaburan MCA, Ong berkata keputusan yang dibuat itu adalah di luar bidang kuasa parti.

"Keputusan itu terletak dalam bidang kuasa lembaga akhbar itu. The Star adalah bebas. Kami serahkannya kepada profesional.

Walaupun Huaren Holdings terletak di bawah kami (parti), kami hanya lakukan apa yang ada dalam bidang kuasa kami sahaja," tegas beliau.

Barubaru ini, akhbar berbahasa Inggeris itu mengumumkan Datuk Steven Tan telah diberikan notis enam bulan mengenai hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai timbalan pengerusi eksekutif.

Ini susulan daripada persaraannya secara sukarela pada 30 Jun, 2008 sebagai pengarah urusan kumpulan/ketua pegawai eksekutif, jawatan yang kini dipegang oleh Datin Linda Ngiam.

Bagaimanapun, Tan, 60, kekal sebagai pengarah bukan eksekutif.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain