suria

Datuk Kabi didakwa lagi

PULAU PINANG: Seorang lelaki yang bergelar sebagai "Datuk Kabi" dikenakan empat lagi tuduhan menipu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh itu, Kamaleshwaran Chitravelu, 29, didakwa menipu Abdul Razak Hamid, 50, dengan menyerahkan sekeping cek yang tidak sah bernilai RM135,000 sebagai bayaran membeli sebuah kereta Toyota Harrier pada 29 Julai, 2004.

Dia, yang meminta dibicarakan, didakwa melakukan kesalahan itu di Blok 1b, Tingkat Dua, Sunny Ville, Jalan Batu Uban, Sungai Nibong, di sini.

Penolong Pendakwa Raya Tan Guat Cheng mencadangkan supaya mehkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 selepas tertuduh pernah melanggar peraturan ikat jamim dalam kes lain.

Peguam S. Narasimhan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menasihatkan tertuduh bahawa beliau akan mewakilinya dengan syarat Kamaleshwaran menghadiri prosiding mahkamah.

Majistret Ainul Bashirah Dona Don Biyajid memerintahkan supaya tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Bagi kesalahan kedua, Kamaleshwaran didakwa menipu S. Gobalakrishnan, 36, dengan meminta mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,750 ke dalam akuan tertuduh di RHB Bank tetapi enggan menyerahkan kereta Proton Waja.

Dia juga didakwa atas tuduhan sama iaitu menipu Fiesal Amdan, 36, melibatkan RM20,000 dalam urusan jual beli sebuah kereta Honda Civic.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan masingmasing di Soho Beach Club, Batu Ferringhi, di sini, dan Sunny Ville, Jalan Batu Uban, Sungai Nibong pada April 2003 dan September 2004.

Di mahkamah berasingan di sini, Kamaleshwaran mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan menipu S. Puvaneswaran, 33, dengan menyerahkan sebuah cek Ambank (M) Berhad yang tidak sah diperlakukan bernilai RM30,000 kepada mangsa pada pukul 11.30 malam, 3 September 2004.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai kopi di Jalan Greenlane di sini bagi tujuan membeli kereta Proton Waja dari Puvaneswaran.

Setiap tuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Bagi kemepatempat tuduhan itu, tertuduh, yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah, dikenakan ikat jamin berjumlah RM24,500 dan mahkamah menetapkan 10 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini kerana kesalahan sama dan laporan media sebelum ini melaporkan bahawa Kamaleshwaran dipercayai terbabit dalam 25 kes penipuan di ibu negara, Selangor, Kedah dan negeri lain. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain