Peganggur dipenjara 28 tahun kerana samun dan rogol jururawat - Semasa | mStar

Peganggur dipenjara 28 tahun kerana samun dan rogol jururawat

SHAH ALAM: Seorang penganggur dihukum penjara 28 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menyamun, melarikan dan merogol seorang jururawat, enam tahun lepas.

Sementara seorang remaja lelaki yang turut menghadapi pertuduhan yang sama dengan penganggur itu dikenakan hukuman penjara sehingga dia berumur 21 tahun. Ketika kejadian remaja itu berumur 14 tahun dan kini berumur 20 tahun.

Pesuruhjaya Kehakiman Abang Iskandar Abang Hashim dalam penghakimannya berkata hukuman itu diputuskan setelah mahkamah mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan Civajanam adalah serius manakala remaja itu hanya berumur 14 tahun ketika kejadian.

Bagi pertuduhan menyamun, Civajanam dihukum penjara lapan tahun dan tiga sebatan, bagi pertuduhan melarikan jururawat itu dia dihukum penjara empat tahun dan hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan merogol. Abang Iskandar memerintahkan hukuman itu dijalankan berasingan dari tarikh tangkap pada 18 Julai 2003.

Bagi pertuduhan pertama, S.Civajanam, 30, dan remaja itu mengaku bersalah merompak jururawat itu yang ketika kejadian berumur 19 tahun di tepi jalan di Batu 16, Sungai Pelong dekat sini kira-kira pukul 10 malam, 17 Julai 2003.

Bagi pertuduhan kedua, mereka mengaku melarikan wanita itu dengan niat untuk mengurung mangsa di tepi jalan Batu 16, Jalan Sungai Buloh, Kuala Selangor pada kirakira 10.30 malam hari yang sama.

Kedua-dua mereka juga mengaku bersalah merogol mangsa di tempat duduk belakang kereta berhampiran tempat letak kereta, Jalan Alfa 9/5, Kampung Baru Subang 2 dekat sini, antara pukul 11.30 malam, 17 Julai 2003 hingga pukul 2.30 pagi keesokan harinya.

Mengikut fakta kes, jururawat itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja apabila kereta yang dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh kereta yang dinaiki Civajanam dan remaja lelaki itu.

Mangsa yang keluar untuk melihat keadaan kereta kemudian dipaksa masuk ke dalam kereta Civajanam dan remaja lelaki itu mengacukan sebilah parang di leher mangsa sebelum mengikat tangan mangsa dengan tali dan mulutnya disumbat dengan bajut.

Setelah kereta itu diberhentikan di kawasan lapang berhampiran kilang di Jalan Kampung Baru, Subang, remaja lelaki itu dan Civajanam telah merogol mangsa dan menyamun rantai emas dan jam tangan milik mangsa.

Mangsa yang kemudiannya ditinggalkan di kawasan perumahan Jinjang telah diselamatkan oleh anggota polis dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad sementara Civajanam diwakili peguam R.Alagendra dan remaja lelaki itu diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain