suria

Manika hanya lepas jawatan Timbalan Pengerusi PKR

TIDAK KELUAR... Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menunjukkan surat perletakan jawatannya ketika mengadakan sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya dekat sini hari ini. Beliau yang sebelum ini diberitakan akan keluar dari parti telah meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini. Tindakan itu katanya adalah disebabkan sikap sesetengah pemimpin di Selangor yang gagal menjaga kepentingan rakyat. -fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu telah pun dihantar kepada Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi ini.

"Saya merasa kecewa terhadap kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui PKR yang tidak menilai jasa-jasa ahli Parlimen yang dipilih rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini petang tadi.

Dalam pada itu, dalam surat peletakan jawatan yang dihantar kepada Khalid beliau berkata: "Memandangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat diterajui PKR tidak menilai pandangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat, saya dengan ini memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor."

Sidang akhbar tersebut, yang turut dihadiri isterinya, C. Malarkodi, diadakan kira-kira lima jam sebelum Biro Politik PKR bermesyuarat malam ini.

Sejurus selepas sidang akhbar yang berakhir dalam masa 20 minit itu, Manikavasagam menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menyertai satu pertemuan yang dihadiri pemimpin-pemimpin PKR nasional.

Pertemuan tersebut sepatutnya diadakan di hotel yang sama di mana sidang akhbar Manikavasagam diadakan tetapi telah diubah saat-saat akhir.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak meninggalkan parti itu seperti yang dinyatakan sebelum ini, Manikavasagam yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tinggi PKR berkata, beliau mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri konvensyen Parvasi Bharatiya Divas di Chennai, India bulan depan.

"Saya nak mengadakan perbincangan dengan Anwar dulu. Lepas itu, saya akan buat keputusan sama ada akan keluar atau tidak... tunggulah," katanya.

Manikavasagam dalam satu temu bual eksklusif dengan mStar Online Jumaat lalu menyatakan hasrat untuk keluar daripada PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Selain itu, Manikavasagam berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan, P. Waytha Moorthy ketika di Chennai nanti.

Mengulas mengenai keputusannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR negeri, Manikavasagam berkata, keputusan itu adalah muktamad.

Ketika ditanya sama ada beliau akan hadir pada mesyuarat Biro Politik yang akan diadakan malam ini, Manikavasagam berkata, beliau tidak dijemput.

Katanya, beliau tidak kisah apa jua keputusan yang bakal dibuat Biro Politik itu.

"Kalau mereka nak singkirkan saya pun, saya tidak kisah," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain