suria

Dakwa difitnah: Timbalan Ketua Wanita PKR Perlis buat laporan polis

POZIYAH Hamzah menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Kangar hari ini. -fotoBERNAMA

KANGAR: Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, Poziyah Hamzah hari ini membuat laporan polis mendakwa beliau telah difitnah oleh seorang lelaki sebagai terbabit dalam kegiatan jenayah di sini.

Poziyah, 52, membuat laporan itu di Balai Polis Kangar pada kira-kira 12.45 tengah hari.

Dalam laporannya itu, beliau mendakwa lelaki terbabit yang juga suami kepada seorang daripada pemimpin PKR negeri menuduh beliau bertanggungjawab mengupah individu untuk menyimbah cat ke atas kenderaannya barubaru ini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, katanya beliau membuat laporan itu kerana tuduhan itu menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin kanan Pergerakan Wanita PKR negeri.

Katanya beliau juga menimbangkan untuk memfailkan saman malu terhadap lelaki itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain