suria

Kapten pasukan Liverpool ditahan syaki babit serangan di pub

LONDON: Kapten Liverpool Steven Gerrard ditahan awal pagi ini - beberapa jam selepas pasukan itu menewaskan Newcastle United 5-1 ekoran pertengkaran di sebuah pub di Southport.

Polis telah dipanggil ke lokasi kejadian pukul 2.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) dan menahan enam orang yang disyaki terlibat dalam serangan, dipercayai termasuk Gerrard.

Seorang jurucakap polis dipetik sebagai berkata: "Polis Merseyside menyiasat kes serangan yang berlaku awal pagi ini di Bold Street, Southport."

Enam orang ditahan disyaki melakukan serangan di bawah Seksyen 20, kata jurucakap itu.

Empat lelaki berusia 33, 31, 29 dan 19 tahun, berasal dari kawasan Huyton manakala seorang lelaki 28 tahun dari Formby serta seorang lagi lelaki iaitu berumur 18 tahun dari Litherland.

"Seorang lelaki berusia 34 tahun dari Southport telah dibawa ke hospital disebabkan kecederaan di bahagian muka tetapi ia tidak membahayakan nyawanya,' kata jurucakap itu.

Gerrard, 28, menjaringkan dua gol ketika Liverpool menewaskan Newcastle malam tadi untuk kekal di tempat teratas Liga Inggeris. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain