suria

Rakyat Malaysia ditahan seludup rokok ke Singapura

SINGAPURA: Seorang pemandu lori rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura atas dakwaan cuba menyeludup rokok bernilai kira-kira $S571,000 (RM1.36 juta) ke republik itu di pusat pemeriksaan di Woodland.

Pihak berkuasa pusat pemeriksaan dan Imigesen Singapura (ICA) hari ini berkata rampasan rokok dengan cukai yang tidak dibayar itu merupakan tangkapan terbesar tahun ini.

ICA berkata, lelaki berumur 36 tahun itu, memandu lori yang berdaftar di Malaysia, dengan mengisytiharkan sebagai membawa pelbagai kayu keras bergergaji untuk dihantar ke lokasi khusus di republik itu, Selasa lalu.

Semasa pemeriksaan, pegawai ICA menemui 8,110 karton rokok yang disembunyikan di celahcelah kepingan kayu yang disusun rapi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain