suria

Hudud: Samy Vellu gesa Anwar jelas pendirian

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu meminta Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS memperkenal hukum hudud di negara ini.

Beliau berkata Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, tidak sepatutnya berdiam diri dengan isu itu kerana kegagalannya menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan undang-undang itu boleh menimbulkan bantahan daripada masyarakat India di negara ini.

Katanya, kini sudah timbul protes secara senyap di kalangan masyarakat India sejak Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata bahawa PAS tidak pernah melupakan matlamat mereka bagi melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

"Anwar sepatutnya menjelaskan pendiriannya dan parti yang diwakilinya terutama kepada bukan Islam yang menyokong pembangkang agar mereka dapat menilai dan membuat keputusan sama ada untuk terus menyokong pembangkang," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Samy Vellu pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, ramai kaum India yang membawa bendera Pas tetapi "adakah ini cara PAS dan parti pembangkang yang lain menghargai mereka".

Dengan perkembangan terbaru sekarang, Samy Vellu berkata, Anwar sepatutnya memberi penjelasan berhubung isu itu kerana jika tidak ia akan membuktikan bahawa Anwar dan pembangkang hanya mempermain-mainkan orang ramai.

Artikel Sebelum

Artikel Lain