suria

Keputusan PMR Khamis ini

PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan Khamis ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom akan mengumumkan analisis keputusan itu di Putrajaya pada jam 9 pagi.

Para pelajar boleh mula mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Seramai 472,060 calon menduduki PMR tahun ini di 3,458 pusat peperiksaan seluruh negara bermula 13 hingga 15 Oktober lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain