suria

Sertai PAS esok? Zahar masih berfikir

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Di sebalik desas-desus akan menyertai parti pembangkang esok, Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim sebaliknya memberitahu, beliau masih memikirkan tentang kemungkinan tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zahar berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada meninggalkan Umno dan seterusnya menyertai pembangkang atau terus bersara daripada dunia politik.

"Saya masih memikirkannya. Yang anda dengar (menyertai pembangkang petang ini) itu khabar angin sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ura-ura kononnya beliau bersama 20 ketua UMNO cawangan bahagian itu akan meninggalkan parti untuk menyertai Pas pada petang ini.

Kumpulan berkenaan dikatakan akan menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali disaksikan kepimpinan Pas negeri itu dalam satu majlis khas.

Mengulas lanjut, Zahar bagaimanapun mengakui yang beliau kemungkinan besar akan menyertai PAS jika memutuskan untuk menyertai pembangkang.

"Berdasarkan ideologi parti yang sesuai dengan saya, saya akan pilih PAS tapi saya masih lagi menunggu pendapat daripada penyokong-penyokong saya.

"Jika saya menyertai pembangkang, mereka juga nampaknya akan mengikut jejak langkah saya," katanya.

Zahar sebelum ini digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.

Artikel Sebelum

Zahar sah sertai PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain