Polis: Tidak wajar menyamakan kempen Jerit dengan kempen keselamatan jalan raya. - Semasa | mStar

Polis: Tidak wajar menyamakan kempen Jerit dengan kempen keselamatan jalan raya.

KUALA LUMPUR: Adalah tidak wajar bagi Majlis Peguam menyamakan kempen Jerit berbasikal dengan kempen keselamatan jalan raya, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata kanak-kanak berusia antara 13 hingga 18 tahun mengayuh basikal di jalan raya sejauh beberapa kilometer dalam keadaan cuaca tidak menentu tidak sama dengan kempen jalan raya.

"Apa juga motif mereka, penganjur kempen berbasikal (Jerit) itu telah mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya, tidak kira sama ada mereka telah mendapat kebenaran ibu bapa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata di bawah Seksyen 17 (1) (a) Akta Kanak-kanak, jelas menyatakan ibu bapa atau penjaga yang mendedahkan kanakkanak secara yang boleh menyebabkannya mendapat cedera fizikal telah melakukan kesalahan.

Mohd Bakri berkata Jerit, yang menurut polis tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, sedang disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis. BERNAMA

Artikel Berikut

Sertai PAS esok? Zahar masih berfikir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain