suria

Cadangan kenaikan tarif air sebanyak 18.9 peratus mulai Kan 1 2009 ditangguhkan.

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif air sebanyak 18.9 peratus mulai 1 Jan 2009 seperti yang dijadualkan dalam perjanjian konsesi antara kerajaan negeri Johor dan Syarikat SAH Holdings Sdn Bhd, ditangguhkan sehingga keputusan muktamad dibuat oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, sekiranya penyusunan semula ini diluluskan, cadangan kenaikan tarif air pada 2009 tidak perlu dilaksanakan dan konsesi Syarikat SAJ Holdings Sdn Bhd akan digantikan dengan lesen dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kerajaan persekutuan melalui kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta agensiagensi lain yang berkaitan, telah mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri Johor dan Syarikat SAJ Holdings Sdn Bhd bagi menyusun semula industri perkhidmatan air negeri Johor.

Penyusunan semula bekalan air itu kini di peringkat akhir.

"Kebanyakkan termaterma komersial telah pun dirundingkan dan pada prinsipnya dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat," katanya.

Bagaimanapun kata kementerian itu, skim penyusunan semula yang dirundingkan ini hanya dapat dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan pada Januari 2009. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain