suria

Rais: Kontrak sosial mesti dipelihara, dihormati

KUALA LUMPUR: Sosial kontrak di antara bapa pengasas perlu dipelihara dan dihormati, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, kacau bilau akan timbul jika pesefahaman yang telahpun dicapai dalam kalangan mereka dan generasi berikutnya sejak negara merdeka, cuba dirungkai.

"Dengan kepatuhan dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat, negara kita telah berupaya berada dalam keadaan utuh selama setengah abad di sebalik ramalan dahsyat banyak cerdik pandai yang memutarbelitkan kata-kata.

"Telah diperkatakan sebelum ini bahawa orang yang tidak menghiraukan pengajaran daripada sejarah cenderung untuk melakukan kesilapan yang sama," katanya ketika berucap pada majlis makan malam United Nations Association of Malaysia (UNAM) bagi memperingati ulang tahun ke-63 Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) di sini malam tadi.

Rais berkata, tiada mekanisme tradisional, pendidikan atau sebaliknya yang "mendidik masyarakat mengenai asas-asas kontrak sosial Malaysia."

"Akibat daripada kurangnya bimbingan pendidikan, sesetengah pihak malah mengatakan perkara seperti sosial kontrak tidak ada di negara ini. Kata-kata seperti ini adalah semberono dan berbahaya.

"Sosial kontrak itu ada. Ia wujud menerusi undang-undang di negara ini. Undang-undang itu ada menerusi lipatan sejarah negara kita. Ia wujud menerusi sublapisan semula jadi budaya kita."

Beliau berkata rakyat Malaysia cenderung untuk mengambil mudah keamanan dan keharmonian yang mereka nikmati pada masa ini.

"Bagaimanapun keamanan dan keharmonian tidak datang secara automatik.

"Ia adalah hasil daripada usaha, pengorbanan dan kompromi yang cermat dan teliti di pihak bapa pengasas kita kita, terutamanya pemimpin Umno dan RajaRaja Melayu yang mempunyai kebijaksanaan untuk berkongsi kuasa berbanding untuk mentadbir secara sendiri.

"Banyak yang berpendapat bahawa Umno boleh mentadbir dengan sendiri tetapi mereka tidak.

"Banyak pelampau yang berucap dengan berapiapi terhadap pemimpin kita dengan mengatakan bahawa kita memegang kuasa tetapi kita bukanlah kumpulan majoriti yang kaya," katanya. BERNAMA

Artikel Lain