Politik wang: Kurang bukti Dr. Mahathir tidak dapat dedah nama - Semasa | mStar

Politik wang: Kurang bukti Dr. Mahathir tidak dapat dedah nama

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak dapat mendedahkan senarai calon-calon Umno yang terbabit dalam politik wang berikutan kekurangan bukti.

"Saya perlu meneliti dakwaan itu. Banyak sangat dengar cakap.

"Mereka (perwakilan) boleh beri saya nama-nama itu tetapi tiada maklumat konkrit seperti di mana, berapa banyak dan lain-lain.

"Kita perlukan mereka yang berani untuk tampil dan mendedahkan. Setengahnya mengadu tetapi mereka tidak begitu berani untuk mendedahkan pesalah itu," katanya.

Bulan lepas, Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno telah berkata bahawa beliau akan mendedahkan nama-nama calon yang terbabit dalam politik wang menjelang pemilihan parti yang dijadual diadakan Mac tahun depan.

Katanya Umno, sebagai tulang belakang Barisan Nasional, boleh mewujudkan beberapa lembaga atau jawatankuasa untuk mengekang politik wang tetapi ia tidak akan berguna jika tiada "saksi yang berani untuk mendedahkan maklumat mengenai kesalahan itu".

"Kita perlu tangkap pesalah itu dan ia perlu dibuat tanpa keraguan yang munasabah.

"Kita tidak mahu mereka yang tidak bersalah pula dituduh," katanya selepas menerima RM150,000 bagi pihak Yayasan Kuala Lumpur untuk Menjenayahkan Perang, yang dipengerusikannya.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyampaikan cek itu kepada Dr. Mahathir di Yayasan AlBukhary, di sini, ini.

Bercakap mengenai topik lain, bekas perdana menteri itu juga berkata, banyak contoh di mana Majlis Peguam secara tidak langsung melobi untuk orang-orang tertentu untuk dilantik sebagai hakim.

"Sekarang, mereka meminta mereka pilih hakim. Ini tidak boleh kerana sekali orang yang mereka pilih menjadi hakim, seseorang itu secara langsung akan terhutang budi dengan Majlis Peguam dan ini akan membawa kepada campur tangan dalam melaksanakan keadilan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain