suria

Penduduk Lorong Setiabistari dipindah jika berisiko

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memindahkan penduduk di Lorong Setiabistari Bukit Damansara jika kawasan itu didapati terdedah dengan bahaya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini.

Beliau berkata, penduduk itu akan dipindahkan dan ditempatkan di sebuah kawasan perumahan jika keselamatan penduduk di kawasan itu berisiko disebabkan projek di cerun bukit sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menentukan kawasan perumahan untuk menempatkan penduduk itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kejadian tanah runtuh kecil di Lorong Setiabistari, Bukit Damansara petang Ahad lepas, di mana polis mengarahkan enam keluarga berpindah beberapa jam selepas tanah runtuh di cerun bukit berhadapan dengan rumah mereka.

Zulhasnan berkata, keutamaan kementerian ialah untuk memastikan keselamatan penduduk dan kestabilan cerun bukit dan tindakan akan diambil jika diperlukan.

Terdahulu, beliau melancarkan bangunan Kwong Hing Group yang baru dinaik taraf, Wisma HamzahKwong Hing di Lebuh Ampang di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Usah larang anak berpeluh

Artikel Berikut

Artikel Lain