suria

Memoir: Mahathir sendiri tidak pasti bila boleh siap

UNTUK KENANGAN... Mahirah Darwis, 14, (kiri) dari Kampung Puah, Gombak mengambil kesempatan merakamkan gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mendapatkan tandatangan beliau pada buku "Mahathir Mohamad: An Illustrated Biography" pada sesi autograf buku itu dan buku Chedet.com-Blog Merentas Halangan di Kedai Buku MPH Mid Valley, Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA
UNTUK KENANGAN...  Mahirah Darwis, 14, (kiri) dari Kampung Puah, Gombak mengambil kesempatan merakamkan gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mendapatkan tandatangan beliau pada buku
UNTUK KENANGAN... Mahirah Darwis, 14, (kiri) dari Kampung Puah, Gombak mengambil kesempatan merakamkan gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mendapatkan tandatangan beliau pada buku "Mahathir Mohamad: An Illustrated Biography" pada sesi autograf buku itu dan buku Chedet.com-Blog Merentas Halangan di Kedai Buku MPH Mid Valley, Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersara sebagai Perdana Menteri lima tahun lalu, sendiri tidak pasti bila memoir tentang diri beliau akan dapat diterbitkan.

"Sudah lima, enam kali saya tulis semula. Sampai setiausaha saya pun sudah penat.

"Jadi, jujurnya saya tidak tahu bila ia akan keluar," kata beliau ketika menjawab soalan peminat-peminatnya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri sesi autograf buku chedet.com - BLOG Merentas Halangan dan Mahathir Mohamad: An Illustrated Biograpy anjuran Kumpulan MPH.

"Saya sudah lebih enam tahun cuba menghasilkan, tetapi bila saya baca balik, saya tak puas hati dan menulis semula beberapa kali," katanya.

Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan blog untuk memperlekehkan orang lain tetapi perlu bijak dan adil semasa menulis.

Justeru bekas Perdana Menteri itu memberitahu, oleh kerana penulisan dalam blog tidak boleh ditapis, ia boleh menyinggung perasaan orang jika tidak digunakan dengan penuh bertanggungjawab,

"Blog memberikan anda peluang untuk menyatakan sesuatu dengan menggunakan perkataan anda sendiri dan anda dapat memperbaikinya dari semasa ke semasa apabila anda berulang kali menulis, anda akan lebih mahir," kata beliau lagi.

Buku chedet.com - BLOG Merentas Halangan adalah himpunan artikel pilihan yang diterbitkan dalam blog beliau sejak menjadi blogger 1 Mei lalu. Ia diterbitkan oleh Berita Publishing.

Dalam pada itu, Mahathir Mohamad: An Illustrated Biograpy yang diterbitkan oleh MPH Group Publishing, mengisahkan kehidupan Dr. Mahathir dan dihasilkan oleh kartunis E.Yu.

Artikel Sebelum

Usah larang anak berpeluh

Artikel Berikut

Artikel Lain