suria

Kerajaan negeri sedia terima pandangan media atasi kelemahan

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis sentiasa bersedia menerima pandangan daripada media dalam usaha untuk memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu semasa menyatakan demikian menegaskan beliau tidak pernah berhadapan dengan kerenah media massa yang menyukarkan sebaliknya gembira dengan laporan-laporan yang disampaikan.

Beliau juga berjanji akan membaiki kelemahan tertentu dalam sistem pentadbirannya yang berkaitan dengan media massa.

Bercakap dalam majlis silaturrahim Menteri Besar Perlis bersama Media di sini hari ini, beliau berharap kerjasama yang ditunjukkan oleh wakil media selama ini terus segar.

Beliau turut menasihatkan media supaya tidak menyiarkan laporan negatif seperti pertelingkahan antara pemimpin kerana ia tidak membawa manfaat kepada mana-mana pihak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Penerangan Perlis Sobki Saad, Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Perlis, Saiful Daniel Yusof dan Penolong Pengarah Penyiaran Perlis, Purkhan Mokhtar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain