suria

Murugiah akan jumpa PM bincang masalah penduduk Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata beliau akan membawa masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Antarabangsa di sini kepada perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya beliau akan berjumpa dengan Abdullah dalam masa terdekat ini bagi membincangkan masalah penduduk yang dilanda tragedi tanah runtuh 6 Disember lepas.

Saya memberi jaminan bahawa rungutan penduduk di kawasan itu akan diselesaikan dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Katanya terdapat segelintir penduduk yang tidak puas hati dengan pasukan mencari dan menyelamat yang terlibat dalam tragedi itu.

Selain itu, katanya, persatuan penduduk di situ juga mahu laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai keselamatan tanah yang didiami mereka disegerakan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain