suria

Lapan ditahan reman bantu siasatan kes bunuh penghuni pusat serenti

IPOH: Polis menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penghuni Pusat Serenti Perlop, Sungai Siput, yang meninggal dunia selepas diserang beberapa penghuni lain di pusat itu pada Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput DSP Mak Pak Thuai berkata kelapanlapan lelaki berumur antara 20 dan 40 tahun itu ditahan reman selama seminggu sejak Sabtu lepas bagi membantu siasatan.

Beliau berkata sehari selepas kejadian polis menahan 50 penghuni di pusat itu bagi membantu siasatan, namun kini hanya enam yang ditahan reman manakala selebihnya dihantar kembali ke pusat berkenaan.

Mak Pak Thuai berkata dalam kejadian Khamis lepas, penghuni pusat itu Yunus Abdullah, 48, dimasukkan ke Hospital Sungai Siput pada pukul 3 petang selepas mengalami kecederaan parah akibat dipukul dengan objek keras, dan beliau meninggal dunia dua jam kemudian.

Beliau berkata kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain