suria

Tahanan reman mengadu diliwat dalam sel

PULAU PINANG: Seorang lelaki yang ditahan reman di Penjara Pulau Pinang mendakwa diliwat oleh seorang tahanan lain di dalam sel mereka semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, lelaki berusia 22 tahun itu membuat aduan berhubung perkara itu kepada warden yang bertugas dan seorang pegawai penjara membuat laporan polis pada 6.45 petang semalam.

"Menurut laporan itu, mangsa mendakwa diliwat sekali oleh lelaki berusia 38 tahun yang tinggal satu sel dengannya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Salleh berkata, mangsa ditahan reman berhubung kes memiliki barang curi manakala lelaki yang didakwa meliwat itu direman bagi membantu siasatan berhubung cubaan melakukan samun dan menyamar sebagai anggota polis.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan dan bagi mendapatkan laporan perubatan berhubung aduannya itu," katanya.

Salleh berkata, pasukan forensik polis telah dihantar ke penjara untuk menjalankan siasatan.

Artikel Lain