suria

AUKU dipinda bagi perluas autonomi universiti

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) yang melibatkan 61 pindaan diluluskan oleh Dewan Rakyat di sini hari ini untuk dijadikan sebahagian daripada akta itu.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee meluluskan akta itu selepas pindaan rang undang-undang tersebut mendapatundi majoriti daripada Ahli Parlimen selepas bacaan kali ketiga.

Bacaan rang undang-Undang tersebut buat kali kedua telah dibacakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pindaan itu adalah bertujuan untuk menambahbaik dan memperluas autonomi universiti dengan memindahkan beberapa kuasa.

Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

Selepas diwartakan, pindaan itu dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira sejuta penuntut dan kakitangan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara Mohamed Khaled berkata, rang Undang-Undang itu akan menambah baik autonomi universiti yang dilaksanakan dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti antaranya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

"Melalui Rang Undang-Undang ini, kuasa untuk menubuhkan fakulti dan jabatan yang dahulunya berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada Senat.

Pindaan ini adalah selaras dengan fungsi Senat sebagai badan utama akademik di universiti,” katanya.

Selain itu, katanya, kuasa menteri dalam hal ehwal rayuan tatatertib pelajar universiti juga dipindahkan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar universiti yang keanggotaannya akan ditentukan oleh LPU dan langkah tersebut akan dapat mempercepatkan proses penyelesaian sesuatu kes rayuan.

Beliau berkata, pindaan itu akan mendorong kepada pemantapan tiga aspek utama iaitu tadbir urus universiti, kebajikan, hak asasi pekerja universiti, kebajikan dan hak asasi pelajar universiti.

Katanya, pindaan itu dilakukan ekoran perkembangan semasa bidang pendidikan tinggi termasuk di peringkat antarabangsa dan juga kematangan pelajar dalam menangani erti kebebasan dan kepelbagaian selain komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

Pada ketika ini terdapat 500 IPTS dan 20 institusi IPTA yang tertakluk di bawah AUKU 1971.

Mohamed Khaled berkata, prinsip yang akan diterapkan dalam penambahbaikan kepada tadbir urus universiti adalah merangkumi membudayakan proses perundingan secara demokrasi, menggalakkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabili.

Terdahulu, dalam pembahasan, beliau berkata, pindaan AUKU adalah berlandaskan pendidikan dan bukannya bermotif politik.

"Semua mengakui yang akta ini paling banyak dipolitikkan sama ada dalam Dewan ataupun di luar Dewan. Ada yang mengganggap ia hanya kosmetik saja. Kebaikkan yang ada dalamindaan ini diketepikan begitu saja," katanya.ti serta menambah baik autonomi universiti.

Sementara itu, semua cadangan pindaan oleh pembangkang ke atas beberapa fasal dalam pindaan AUKU telah ditolak.

Pakatan Rakyat hari ini mencadangkan perubahan dibuat membabitkan pindaan AUKU Pindaan 2008 kerana ia didakwa memusatkan kuasa di pihak menteri dan pelaksanaan selektif.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) memfailkan notis tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2) Jumaat lalu.

Artikel Lain