suria

MENGENANG TRAGEDI HIGHLAND TOWERS 15 TAHUN, TAPI...

BLOK A bangunan Highland Towers yang roboh tengah hari 11 Disemebr 1993. Esok genap 15 tahun tragedi itu berlaku.
BLOK A bangunan Highland Towers yang roboh tengah hari 11 Disemebr 1993. Esok genap 15 tahun tragedi itu berlaku.
BLOK A bangunan Highland Towers yang roboh tengah hari 11 Disemebr 1993. Esok genap 15 tahun tragedi itu berlaku.

DALAM satu temu bual dengan Bernama 6 Disember lalu susulan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata: "Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers)."

Tragedi terbaru mengorbankan empat nyawa di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah, Sabtu lalu.

"Sudah bertahun-tahun tragedi itu berlalu dan insiden seperti itu berlaku lagi, (juga) mengakibatkan kematian," katanya.

Anak lelaki Musa, Rashid Carlos dan isterinya Rozita, adalah antara 48 orang yang terkorban apabila sebuah daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Taman Hillview, terletak 1.5 kilometer dari tempat kejadian tanah runtuh pada Sabtu, runtuh pada 11 Disember 1993.

"Ia satu memori yang amat tidak menyenangkan, sungguh memilukan. Saya sendiri yang mengalaminya. Harapan ialah agar siapa jua yang bersalah mesti menerima hukuman," kata Musa.

Pagi tadi, beberapa keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian lebih satu dekad menemui wartawan menjelang genap 15 tahun memperingati tragedi itu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilik dan Penduduk Highland Towers, Dr. Benjamin George yang meneruskan 'perjuangan perundangan mereka' berkata, undang-undang perlu dipinda bagi memastikan pihak berkuasa negeri dan pegawai bagi memastikan bertanggungjawab ke atas bencana-bencana yang boleh dielak.

Seksyen 95, Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 perlu dimansuhkan kerana ia melindungi pihak berkuasa yang meluluskan projek-projek pembangunan daripada liabiliti peribadi.

Malah, kata beliau, undang-undang itu perlu dipinda untuk melindungi orang ramai.

Sejak Disember 1993 dan Disember 2008 banyak kejadian tanah runtuh terjadi termasuk di lokasi berhampiran blok Highland Towers roboh. Operasi ketika itu berlarutan hampir dua minggu.

Ketika peristiwa memilukan itu diperingati, pasukan mencari dan menyelamat tragedi Bukit Antarabangsa masih meneruskan usaha mereka.

Hari ini Dewan Rakyat membahaskan usul tergempar berkaitan pembangunan kediaman di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. Kesudahannya?

Apa yang boleh dipelajari dan harus diambil ingatan. Banyak pihak dipersalahkan! Siapa harus memikul tanggungjawab?

Artikel Berikut

Artikel Lain