suria

Banjir Kuala Terengganu tidak berubah

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di daerah ini tidak berubah daripada semalam iaitu masih lagi 81 orang.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri Terengganu berkata daripada jumlah itu, 74 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak dan tujuh orang di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal.

"Keadaan banjir di Kuala Terengganu menunjukkan tidak banyak perkembangan terbaru," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata kedudukan paras air di sungaisungai utama berada pada paras biasa pagi ini.

Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan gelap. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain