suria

Siasatan kontroversi Angkasawan selepas tunai haji

KUALA LUMPUR: Siasatan mengenai kontroversi RM1.2 juta yang didakwa diperoleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada siri ceramahnya akan diadakan selepas beliau pulang daripada menunaikan haji di Mekah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata:

"Kini, beliau menunaikan haji dan kami menunggu beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini."

Kementerian perlu beri panduan kepada Dr. Sheikh bagi memaksimumkan potensinya dan bagaimana negara boleh mempelajari daripadanya, kata Ongkili kepada pemberita selepas majlis penyampaian Yayasan Sains Toray Malaysia ke15 di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain