suria

MOSTI umum hasil siasatan caj ceramah Angkasawan minggu ini

PETALING JAYA: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung siasatan dakwaan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mengenakan bayaran RM8,000 untuk berceramah dan mengumpul dana berjumlah RM1.2 juta hasil bayaran siri ceramahnya minggu ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof. "Insya-Allah, kami akan keluarkan kenyataan rasmi mengenainya (siasatan) minggu ini,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya berapa banyak aduan yang diterima oleh pihak kementerian, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tak nak beri sebarang komen. Apa pun kita tunggu sehingga kami umumkannya," katanya.

Jelas Fadillah, pihaknya akan memaklumkan kepada pihak media mengenai tarikh pengumuman rasmi hasil siasatan berkenaan.

"Jangan risau, kami akan memaklumkan kepada pihak media mengenai tarikhnya dalam masa terdekat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain