suria

Diselubungi bencara, tragedi Aidiladha disambut sederhana

JEMAAH Malaysia seramai 26,000 orang selamat mengerjakan wukuf di Arafah hari ini. Kesemua jemaah haji Malaysia dilaporkan selamat tiba di arafah pada waktunya iaitu sebelum masuk waktu Zohor di mana ibadah Wukuf dikerjakan bermula dari gelincir matahari (Zohor) pada hari ini 9 Zulhijjah sehinggalah terbit fajar (Subuh) 10 Zulhijjah. Malam ini para jemaah akan mula bergerak ke Muzdalifah di mana mereka akan bermabit iaitu lalu dan singgah dan selepas tengah malam mereka akan terus ke Mina untuk bermalam dan melakukan ibadah melontar di Jamrah. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Aidiladha dengan penuh rasa kesyukuran berserta dengan semangat pengorbanan dalam menghadapi pelbagai dugaan dan bencana.

Di Kelantan dan Terengganu, walaupun banjir, sambutan Aidiladha di kedua-dua negeri itu meriah, dan di Bukit Antarabangsa, walaupun pasukan mencari dan menyelamat sibuk dengan operasi mencari mangsa tanah runtuh, mereka tetap meluangkan masa bersamasama penduduk di kawasan itu menunaikan solat sunat di surau Addiniah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Jamiul Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang, sementara Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat itu di Masjid Negara.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara turut menunaikan solat itu bersama-sama penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat di surau Addiniah di sini.

KUALA LUMPUR

Di Kuala Lumpur, Imam besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad mengetuai solat sunat yang turut dihadiri lebih 5,000 jemaah sebelum menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk 'Korban Bukti Pematuhan Kepada Allah'.

Sebanyak 17 ekor lembu dikorbankan sempena perayaan itu di Masjid Negara untuk diagihagihkan kepada umat Islam. Majlis korban turut diadakan di masjidmasjid sekitar Lembah Klang.

PAHANG, SABAH

Di PAHANG, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bersama kirakira 5,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di Kuantan.

Di SABAH, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Kampung Inanam Laut, di Kota Kinabalu bersamasama lebih 3,000 umat Islam.

Turut hadir ialah pegawaipegawai kanan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Sementara itu, majlis korban sempena Aidiladha turut diadakan di Masjid Negeri di Sembulan, dekat sini.

TERENGGANU

Di TERENGGANU, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR)Terengganu, Tengku Sri Penglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha bersama-sama lebih 2,000 umat Islam di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said turut menunaikan solat di situ.

Tengku Baderulzaman kemudian diiringi Menteri Besar menziarahi makam diraja di pekarangan masjid berkenaan selepas itu.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di sini kurang meriah berikutan cuaca mendung dengan hujan sekali sekala.

PERAK

Di PERAK, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri pada pukul 8.30 pagi bersama-sama lebih 3,000 umat Islam yang lain.

Turut hadir ialah Raja Dihilir Raja Jaafar Raja Muda Musa, Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

JOHOR

Di JOHOR, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail bersama kira-kira 1,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi, Johor Baru.

Turut hadir, Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman serta anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

MELAKA

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob bersama kira-kira 5,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Azim di sini.

Turut sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta anggota Exco kerajaan negeri.

Mohd Khalil turut menyaksikan penyembelihan 21 ekor lembu dan dua ekor unta pada majlis korban berkelompok anjuran kerajaan negeri dan Masjid Al Azim yang dijalankan di kawasan parkir kenderaan masjid berkenaan.

Mohd Khalil kemudiannya mengagihkan daging korban berkenaan kepada fakir miskin.

KELANTAN

Di KELANTAN, Sultan Kelantan turut berangkat menunaikan solat Aidiladha di Masjid Muhammadi di Kota Baharu.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mengimamkan solat sunat itu di Masjid Pulau Melaka serta mengadakan rumah terbuka selepas itu.

Di PERLIS, lebih 1,000 ekor ternakan dikorbankan di seluruh negeri sempena sambutan AidilAdha yang kemudiannya daging korban itu dikendurikan dan ada yang diagih-agihkan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain