Angkatan Tentera berusaha sedia laluan alternatif - Semasa | mStar

Angkatan Tentera berusaha sedia laluan alternatif

PINDAH... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat bersama anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia membantu membawa keluar barangan milik penduduk yang diarahkan berpindah dari kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini, hari ini. - fotoBERNAMA
PINDAH... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat bersama anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia membantu membawa keluar barangan milik penduduk yang diarahkan berpindah dari kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini, hari ini. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang berusaha untuk mencari laluan alternatif baru bagi memudahkan penduduk dari taman perumahan dan kawasan pangsapuri berhampiran kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa untuk berpindah.

Panglima Empat Divisyen Infantri Malaysia, Mejar Jen Datuk Zulkiple Kassim berkata, tiga laluan alternatif yang dicadangkan sebelum ini masih belum dibuka kerana struktur tanahnya tidak sesuai dan lembut.

Laluan alternatif yang dicadangkan sebelum ini ialah Taman Bukit Mewah-Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Taman Bukit Mewah-Taman Antheneum dan Taman Bukit Mewah-Pangsapuri Impiana.

"Laluan-laluan yang dikenal pasti sehingga kini tidak dapat dibuka, telah dinasihatkan oleh pihak Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) dan JKR bahawa struktur tanah di kawasan tanah itu lembut," kata beliai dipetik Bernama, ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Laluan alternatif amat diperlukan memandangkan laluan utama yang menghubungkan taman-taman perumahan di Bukit Antarabangsa terputus akibat kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan beribu-ribu penduduk terperangkap.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain