suria

Najib: "Kita perlu belajar kejadian hari ini"

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana pembangunan dijalankan di kawasan berbukit berisiko tinggi bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berulang.

Ketika mengeluarkan arahan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemaju diminta jangan lagi menekan kerajaan untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan untuk membangunkan sesuatu projek dikawasan itu.

"Saya fikir tidak ada alasan lagi untuk jalankan pembangunan di atas tanah yang curam dan tinggi yang berisiko tinggi.

"Ambil sikap pencegahan adalah lebih baik daripada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku.

"Kita perlu belajar atas apa yang berlaku termasuk kejadian hari ini," katanya ketika ditemui meninjau lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini.

Turut melawat ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata tidak mustahil pemaju akan terus menghantar permohonan selepas insiden tanah runtuh sedemikian, reda.

"Ingatan manusia ini pendek. Tiga, enam bulan bila orang dah lupa, pemaju akan sorong permohonan dan melobi supaya diluluskan, tidak belajar apa yang berlaku," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain