suria

Kejadian tembak di lapangan terbang Delhi

ANGGOTA tentera paramilitari India mengadakan rondaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi hari ini. - P
ANGGOTA tentera paramilitari India mengadakan rondaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi hari ini. - P
ANGGOTA tentera paramilitari India mengadakan rondaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi hari ini. - P

NEW DELHI: Seorang lelaki yang tidak dikenali melepaskan tembakan di pintu ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGI) di sini pada awal pagi Jumaat, bagaimanapun tidak ada kematian dilaporkan.

Menurut stesen televisyen India, sekumpulan lelaki melepaskan tiga tembakan pada kirakira pukul 1 pagi, sebelum melarikan diri dalam sebuah kereta Qualis, dengan nombor plet negeri Haryana.

Sungguhpun kawalan keselamatan ketat di lapangan terbang antarabangsa itu, lelaki tersebut berjaya memasukki kawasan lapangan terbang itu dan menimbulkan panik di kalangan penumpang.

Beberapa penerbangan antarabangsa lewat tetapi memulakan semula perkhidmatan pagi ini dan aktiviti di lapangan terbang itu berjalan seperti biasa.

"Tembakan kedengaran tetapi tidak ada kecederaan, tidak ada peluru ditemui. Mereka melarikan diri dalam sebuah kereta," kata timbalan inspektor agung Pusat Pasukan Keselamatan Perindustrian (CISF) Udayan Banerjee memberitahu media.

Keselamatan diperketatkan sejak serangan pengganas di Mumbai Rabu lepas, di mana lebih 170 orang terbunuh dan lebih 250 cedera pada tragedi empat hari di bandar raya itu.

Kawalan keselamatan di lapangan terbang utama, Bangalore, Chennai dan Delhi ditingkatkan setelah emel daripada pengganas itu diterima pada Khamis pagi bahawa pengganas kini menjadikan lapangan terbang sebagai sasarannya.

Lapangan Terbang Delhi diletakkan dalam keadaaan berjagajaga dengan menambahkan bilangan anggota keselamatan di tempat tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain