suria

Warga emas ditemui mati dibunuh

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemui berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Ipoh Selatan di sini semalam.

Mayat Rizan Abdullah, 63, ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan parah di kepala dan badan, dipercayai akibat ditetak dengan objek tajam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ibrahim Abu Bakar berkata polis menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan di rumah itu pada kira-kira pukul 6 petang daripada seorang jiran mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, polis menahan seorang wanita berusia 53 tahun bagi membantu siasatan.

Wanita itu ditahan renam selama enam hari mulai hari ini, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain