suria

Remaja perempuan antara ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh

ALOR STAR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun adalah antara lima orang yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang ditetak di Simpang Kuala pada 27 November lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Star ACP Abdul Ghafar Rajab berkata remaja perempuan terbabit ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Daerah Kota Star di sini semalam.

Dia dipercayai berada di tempat kejadian pembunuhan terbabit.

Pada kejadian pada malam Khamis lepas, ahli perniagaan, Tan Wei Yune, 38, yang sedang minum bersama dua rakannya di sebuah restoran di sini mati diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan pedang samurai dipercayai berpunca daripada sengketa lama dan masalah perniagaan.

Abdul Ghafar berkata, selain remaja perempuan itu, empat lelaki berusia 20 dan 41 tahun itu telah ditahan reman selama 14 hari mulai Jumaat lepas.

Beliau berkata polis sedang mencari empat lagi lelaki bagi membantu siasatan. Mereka ialah Lim Shu Kiat, 19, atau lebih dikenali sebagai "Tiger", Lee Soon Huat, 24, Chan Chun Weng,20 dan Lee Chee Chiong, 18.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keempatempat lelaki itu diminta menghubungi Ketua Siasatan Jenayah Daerah Kota Star DSP Mohd Feisal Libertus Abdullah atau ASP Shanker di nombor 04-7321222. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain