suria

Polis Temerloh musnahkan dadah bernilai lebih RM200 ribu

TEMERLOH: Polis Temerloh hari ini memusnahkan lebih 450 pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM244,100 di pusat pelupusan sampah Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, kesemua dadah yang dibakar itu adalah bagi kes yang telah diselesaikan di mahkamah dalam tempoh 2000 hingga 2007.

Katanya, dadah tersebut terdiri daripada pelbagai jenis pil khayal, syabu, heroin, ganja, daun ketum dan ubat batuk.

"Dadah yang paling banyak dimusnahkan ialah pil khayal yang bernilai RM174,180 dan syabu RM27,000," kata Ahmad Fadzillah kepada pemberita. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain