suria

NGO cadang kerajaan tubuh Jabatan Nafkah

KUALA LUMPUR: Sisters in Islam (SIS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, hari ini mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Jabatan Nafkah Anak untuk membantu anakanak yang terabai berikutan penceraian ibu bapa mereka.

Pengarah Eksekutif SIS Zainah Anwar berkata penubuhan jabatan berkenaan akan dapat mengendalikan perihal nafkah anak dan juga bertanggungjawab dalam menjejaki bapa yang lari daripada menjalankan tanggungjawab membayar nafkah.

"Di Australia dan Britain kita boleh lihat mereka menubuhkan satu badan kerajaan khusus mengendalikan perihal nafkah iaitu Jabatan Nafkah Anak di mana badan ini bekerjasama dengan agensiagensi kerajaan yang lain seperti jabatan pendaftaran, pengangkutan, suruhanjaya syarikat dan imigresen supaya dapat menjejaki bapa agar bertanggungjawab terhadap anak mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Simposium Kebangsaan 'Pembentukan Keluarga, Adil, Stabil dan Bahagia' di sini.

Katanya penubuhan jabatan itu juga akan dapat membantu meringankan beban ibu yang tidak perlu bersusah payah menfailkan permohonan untuk mendapatkan nafkah di mahkamah.

"Kami berharap agar pihakpihak tertentu akan berfikiran terbuka dan dapat memberi kerjasama dalam menangani masalah ini. Nafkah merupakan hak asasi anak-anak, adalah menjadi tanggungjawab negara dan mahkamah untuk menghapuskan penganiayaan terhadap anak-anak," katanya.

Cadangan tersebut mendapat sokongan Penasihat Khas Perdana Menteri untuk HalHal Pembangunan Wanita dan Sosial, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyatakan kesudian untuk membantu menjalankan usaha tersebut.

"Kita menyokong penuh usaha murni tersebut dan melalui Sekretariat Pembelaan Perkasaan Wanita Muslim (Senada), kita akan sentiasa memberi sokongan dan memberi bantuan terhadap cadangan yang diberikan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain